Sunday, February 20, 2011

::tidur oh tidur::



sejak dua menjak n tiga menjak nih..korang agak2 susah x nk tido lena..tido best..tido mimpi basah..x.x.x..haha..setelah duk bersahaja tanpa niat, aku try lah skodeng tips utk di apply kan utk tido lena di ulik mimpi best2..ahha..

1)Jangan Makan Malam Terlalu Kenyang
Sebaiknya cuba usahakan makan malam sebelum pukul 7 malam supaya kamu boleh tidur
dengan keadaan perut yang tidak terlalu penuh.

2) Kurangkan kegiatan yang memaksa kamu menggunakan otak dan fikiran selepas jam 8.30.

3) Matikan lampu bilik tidur kamu seawal jam 8.30 malam
Jika kamu belum biasa tidur pada waktu ini, anjakkan waktu tidur setengah jam lebih awal
setiap minggu sehingga kamu terbiasa tidur pada jam 8.30 malam.

4) Mandi air suam satu jam sebelum tidur
Titiskan minyak aromaterapi seperti lavender, vanila atau cendana ke dalam air tab mandi
untuk membuat kamu lebih rileks. Redupkan lampu dan pasangkan lilin.
Jika boleh, pasangkan radio atau muzik yang mendamaikan.

5) Minum air suam
Cuba minum susu atau the chamomile sebelum masuk tidur.
Cara ini memang berkesan untuk mendapat tidur yang nyenyak.

6) Menulis diari
Sebelum kamu tidur, alihkan kesemua isi fikiran yang bermain di minda kamu
yang sedang bergerak aktif itu ke dalam diari ataupun buku nota harian kamu
supaya kepalamu tidak terlalu penuh lagi.

7) Baca majalah atau buku
Jangan pilih novel yang terlalu dramatis atau sarat dengan penghayatan
kerana ini akan menyukarkan kamu untuk tidur.
Pilih buku yang memberikan ispirasi kepada kamu
dan apa sahaja bahan bacaan yang ringan serta tidak terlalu padat.

8) Rasakan tubuh kamu
Ketika sudah berbaring di tempat tidur, tutup mata dan rasakan tubuh kamu.
Dengan cara itu, kamu membawa perhatian ke tubuh badan kamu.
Jika ada ketegangan di bahagian tubuh tertentu,
cuba untuk rileks dan regang-regangkan sedikit otot-otot di bahagian tersebut.

9) Perhati dan dengar nafas hingga tidur
Tindakan ini boleh membantu dan mengingatkan kamu masih berbaring di tempat tidur.
Diam dan hayatilah setiap helaan nafas.
Saat itu aktiviti metabolism berada dalam keadaan perlahan, sama seperti ketika kita tidur


maka dengan tertera tips di atas moga dpt bantu kalian utk tidur lena, bgn awl..subuh..subuh..haha..
renung2kan dan selamat beramah..
haha


No comments:

Post a Comment